Dikecewakan dan Mengecewakan.
Hola! Memandangkan minggu ni minggu exam. So, aku ada laa time nak update belog nan sepi ni. Topik pagi ni macam yang kau baca kat atas tu.
Dikecewakan dan mengecewakan. Ini khas untuk orang yang bercinta. Bagi manusia lain yang dikecewakan dan mengecewakan oleh faktor lain tu lenkali la noh kita sembang teh tarik. Korang yang pernah bercinta mesti pernah dapat pengalaman ni kan? Jangan tipu tak pernah. Aku bagi sedas kang.
Cerita Aku
Sepanjang bercinta, memang semedang je aku dikecewakan *nasib malang*. Dari awal sampai laa sekarang. Nangis berkoyan-koyan lepas tu bagi balik hati kat orang lain, hadap benda sama, nangis lagi. Macam tak serik je kau ni. Cerita sekarang. Setahun setengah kenal dia, boleh kata bertempayan gak air mata aku. Dek akibat selalu sakit kan. Then, at one point bila aku rasa 'Seriously dude, sampai bila kau nak macam ni? Yo've gotta get up!' So, aku pun bangun mandi, buang segala benda dalam hati, otak yang aku rasa blh buat aku sakit lg. Nak dipendekkan cerita, lepas 3-4 months aku macam dah okay, aku jumpa rebound aku. Bukan saje rebound tapi aku rasa lebih pada scandal *natang je perangai*. Ni kira aku dah dikecewakan dan sekarang aku nak mengecewakan orang plak. In terms of past life, sama je dua ekor ni. Jahat Nauzubillah. Tapi dari segi layanan terhadap seorang wanita mcm aku ni sangat lah berbeza. Yang sorang ni layan mcm hampagas. Yang sorang layan aku almost like a princess. Dua-dua sayang aku. Sorang tu, aku dah xde rasa apa dah. Tapi aku stay dgn dia for the sake of nothing. Which I still don't know why. And he is trying his best to change and make himself worth for me. Sorang lagi, aku senang kawan laa and mcm biasa bila baru berputik bunga-bunga cinta, terbit la rasa rindu segala which I find it is funny. In conclusion, selepas aku dikecewakan dengan A dan mcm tak boleh nak percaya, aku sedang mengecewakan hati si B. I know, someday I'm gonna be a dead meat. Tapi aku mcm dah penat asek kene kecewa dgn lelaki-lelaki kat luar sana je. So, aku amek jalan mudah untuk rasa perasaan kecewakan org plak. Jadi aku rasa aku patut hentikan perangai durjana aku ni sebelum makan diri aku sendiri. I've gotta stop right now!
Kesimpulan dari cerita aku itu tadi, korang jangan laa buat perkara yang menjahanamkan diri sendiri. It's normal to get hurt in love. But it's not normal if you let yourself to get hurt thousand times. Jangan cari cinta. Biar cinta cari korang. Bak kata orang-orang, perbaiki diri sebelum nak dapat perfect love story.
Yang korang jenis mcm aku ni. Aku rasa belum terlambat nak berubah. Cuba belajar untuk berterus terang and jujur. Kalau kau rasa dah tak boleh nak go on dgn A, straight to his/her face. Apa reaksi dorang tu belakang kira. Yang penting kau dah lepaskan apa yang terbuku. Untuk si B plak, dari bg dia terus jatuh cinta dkt kau yg durjana ni, try to avoid him/her. Supaya takde laa mana-mana hati terluka dan kau sendiri terluka.
Heh! aku ni bagi nasihat kemain. Tapi diri sendiri hampeh! Tembak diri sendiri.
No comments :
Post a Comment