Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum and Hi!
Ramadhan dah membuka tirai bagi tahun ini. Alhamdulillah. Kita sekali lagi diberi peluang utk menikmati Ramadhan yg penuh berkat ini. Ramadhan. It's not too late for me to wish everyone Happy Ramadhan. May this holy month bring bless and joy to you and your family.

Bila cerita pasal bulan puasa pasti setiap manusia mempunyai cerita tersendiri yang tak dapat dilupakan. Macam aku, tahun tu adalah ramadhan yang pahit buat kami sekeluarga. We lost our only 'kumbang' in the family. It was a week before raya. Tanggal 17 September 2008 adalah tarikh Allah dah tetapkan ajal Boy (his nickname) dan 2 lagi rakan nya. Tahun tersebut adalah tahun inflasi bagi kami semua. Mom just started her new work and aku pulak baru je masuk uni. Untuk dipendekkan cerita, mak terpaksa bagi bapak aku bela adik2 for one year sampai ekonomi mak dah stabil *mak dgn abah dah bercerai* Masa tu hanya Allah je yang taw perasaan kami apabila terpaksa dipisahkan akibat keadaan yang tak mengizinkan. 
  Ikutkan cerita makcik aku yang tinggal berdekatan, Boy pergi memancing with his friends after Zuhur. Masa tu musim panas. In short, one of his friend drowned and he wanted to save him. Sbb kan pergi memancing kat tasik. Maka faham2 laa bahawa kat tasik buatan tu penuh dengan rumpai laa ape laa. Kaki boy tersangkut dan dia tataw berenang. *Boy ni penakut. Itu sbb dia tanak belajar berenang* Masa dapat bad news tu, aku kat uni and mak baru balik kerja. Bertalu-talu panggilan aku terima dari makcik, kawan2 yg tinggal berdekatan. I was so shocked and in deniable condition. Mustahil Boy xde. Sumpah tak percaya.  *malam sebelum kejadian aku mimpi Boy pergi dan dia mintak aku jaga mak* Lima minit kemudian bila dah okay aku terus gerak balik. Dah laa adik dah meninggal boleh pulak aku rasa masa lambat sangat berlalu. Aku rasa lambat gila nak sampai kat tasik tu. Bila dah sampai kat situ, mayat terakhir baru je diangkat naik. Mayat Boy yang pertama di jumpai lebih kurang 6:30 petang. Then, semua mayat dibawa ke Hospital Ampang untuk post mortem. Masa kat sana, wartawan terlalu ramai. Dorg macam tak peduli kitorang tengah sedih ke ape. Yang penting dorang dapat cerita. Takpela. Bila dah lama aku faham kerja dorang. Kat hospital tu aku sempat laa masuk bilik mayat. Aku tengok Boy senyum je. Macam dia dah redha yang dia pergi sebelum kami semua. Air mata mengalir lagi.

Tepat jam 10:30 malam, semua mayat telah dikebumikan di dalam satu liang lahad di tanah perkuburan di Kampung Cheras Baru. Disitu laa destinasi terakhir kami berkumpul as one family. Segala kenangan manis dan pahit kami bersama terpahat di hati sampai bila-bila.

Boy, walaupun sudah 5 tahun Boy pergi meninggalkan kami, tidak pernah sedetik pun kami lupakan Boy. Sentiasa mendoakan kesejahteraan Boy disana. Insya Allah bertemu kita nanti disana.  Alfatihah.
Ihsan Encik Google

P/s - Sebelum Boy meninggal, Boy suka nyanyi lagu ni. 

Sampai sekarang, kalau lagu ni berkumandang di corong radio, kami akan menangis or paling tak pun kami akan diam sbb terkenangkan arwah. 

2 comments :

Unknown said...

sabar ye..Allah lagi sayangkan dia..

Unknown said...

Terima kasih. Itu lah. Semua org akan pergi kan. Tp tak sangka ajal dia sampai dulu. :(